Monday, October 18, 2010

ku tuliskn kesedihan..

ku tuliskn kesedihan semua tak bisa ku ungkapkn..entah lah...kerinduan zaman kanak-kanak ku semakin menebal..erm mmg btol hidup ini umpama roda..ia sentiasa berputar tak kira masa..sampai satu tahap dimana kita sudah selesa dgnnya ia akan membuat kita kembali menderita..zman kanak-kanak sememangnya sgt indah..pelbagai pengalaman yg kita dpt melalui nya..mungkin pada zaman kanak-kanak ku, ku bukan lah lahir dri golongn yg kaya..ape sahaja yg ku hajat kn tidak mungkin ditunaikn..ku dikelilingi oleh para jejaka..abg2 dan adeq ku menjadi teman sepermainan ku..ketika itu ku tidak mempunyai sahabat yg bernama perempuan..ku tidaklah seperti kanak-kanak perempuan yg laen..mereka comey berbaju gaun..rambut yg diikat kemas..telatah mereka yg lemah lembut dan bersopan santun..sgt menarik untuk dipandang..
ku sememangnya manja bersama-sama dengan abg2 dan adeq ku..mereka yg menjadi peneman dikala ku kesepian..mereka jugalah yg menjadi pembuli ku dikala ku rancak ketawa..mereka lebih tenang melihat ku sentiasa bersama mereka..suatu hari ketika ku berusia 5thun..ku tlah dihantar ke rumah atuk dan nenek di Port Dickson..disana aku hanya bertemankn adeq ku dan abg saudara ku yg lebih tua setahun dripd ku..kami belajar di tadika kemas bersama2..memakai bju kemeja berwarna merah kotak2..bermain pasir di taman permainan, berlari-lari dan waktu yg paling berharga ialah ketika tibanya waktu mkn..menu nya air susu dan mknn bergoreng seperti mee, bihun ataupn kuih muih tradisional melayu..tepat pukul 12tengahari kami akan pulang ke rumah nenek..di rumah nenek sudah terhidang mknn kesukaan kami..iaitu mknn laut seperti ketam masak lemak, sup ikan merah, bawal goreng, sotong goreng tepung ataupun sambal udang..erm mmg terliur bila ku mengingatinya kembali..
kenakalan zaman kanak-kanak ku mmg tidak sah sekiranya tiada kenangan pahit..ku ingat lg saat pertama kali atuk mengajar ku menunggang basikal..basikal roda empat sememangnya mudah untuk dikendalikn..ketika 2roda ditanggalkn itulah yg sangat menakutkn.. atuk tidak berputus asa mengajar ku ketika itu..setiap kali ku terjatuh dan terluka atuk pasti akan membaca jampi nya untuk mengurangkn kesakitan..mmg kelakar kerana setelah ku meningkat dewasa ku masih lagi mempercayai jampi itu..walau pada hakikatnya jampi itu tiada apa2 kuasa magik atau kesaktian..ini hanyalah permainan minda..kenakalan ku tidak berhenti setakat jatuh basikal tetapi di kejar oleh monyet liar ketika pulang dari tadika..ku juga pernah dimarahi oleh atuk kerana tidak mahu mandi dan leka bermain basikal bersama adeq ku..kami di kjar oleh atuk yg membwa rotan..kami lari keliling rumah..kemudian lintang pukang cari tempat menyorok..sejak hari itu kami tidak lagi nakal..hehehe nenek selalu kata, cucu jgn la nakal kang kena rotan spe yg sakit??nenek mmg baek..
kami syg nenek..tp nenek gak pernah marah ku..ketika itu ku dan adeq ditugaskn untk membuang sampah..dlm plastik sampah itu terdapat serpihan kaca yg pecah..ku dan adeq bergurau dan tidak semena-mena jari tangan adeq terluka terkena sepihan kaca itu..darah memancut2..luka jari tangan adeq sgt besar sehingga menampakkn isi nya..nenek memarahi ku..ku nangis sambil memeluk sekeping gmbr wanita..gambar yg selama ini ku sangka gambar emak, rupanya adalah gambar nenek..muka nenek semasa muda sgt seiras dengan wajah emak..bila mengingati saat ini ku pasti tertawa sendirian..beginilah cerita ku dizaman kanak-kanak nakal..

Wednesday, October 6, 2010

PERINGATAN utk semua JEJAKA

Kepada BALAK anak aku,

Peraturan 1: Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.

Peraturan 2: Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..

Peraturan 3: Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Peraturan 4: Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?

Peraturan 5: Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”

Peraturan 6: Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Peraturan 7: Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.

Peraturan 8: Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.

Peraturan 10: Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.

Sekian, Yg sengaja menakutkan, Bapak Kepada AWEK ko

CREDIT TO SYAHIRULDOTCOM