Thursday, November 18, 2010

Jangan Kecewakan Orang Yang Mencintai Kamu

by Ahmad Afif Razi on Tuesday, October 26, 2010 at 10:00pm



1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.



p/s : YA ALLAH!! sumpah ema terharu bace artikel ni.. my yayunk ade la ciri-ciri yang dinyatakan di atas ni..huhuhu sayang i love u so much!!

Wednesday, November 17, 2010

Kalau sy da xde . . . . :)(Sediakan Tisu Sebelum Membaca)

by Anis Razak on Monday, November 8, 2010 at 4:00am

Name aku Amir.. Aku de sorg awek.. Sorg??? huhu.. Awek aku ni mmg lawa giler r!! Sbb die lawa tu r aku ngn membe2 aku berebut.. Nasib aku baik la, aku dpt jugak die....memandangkan aku ni pun kategori org yg handsome.. hahaha..

OOPS! lupe! Name awek aku ni Nadia.. Kitorg x same kampung tp satu sekolah.. Satu hari ni aku dpt twrn smbung blajar kt satu IPTA ni.. Awek aku pn dpt.. Alhamdulillah result SPM kitorg cemerlang walaupun aku pun x percaye boleh dpt 7A.. Hahaha.. Tp mmg giler r.. Walaupun kos yg ditawarkn same, tp aku terlambung kt utara n die lak kt Selatan..

Die ni kuat jeles tu jgn ckp laa.. hidup aku dia yg aturkan.. selama aku satu sekolah dulu, jgn hrp la aku nk kuwa ngn membe2 perempuan aku.. Jgnkn kuwa same, pndg pun x boleh.. Kdg2 aku rimas jugak ngn die.. T aku ckp byk ngn die, mau die marah2 then merajuk.. Benci tul aku.. Aku tau die sygggg sgt2 kt aku. Aku tau die mmg x lyn mane2 lelaki yg cube usyar line die.. Kdg2 aku bengang jugak if ade lelaki yg hntr2 msj kt die walaupun die x reply..

Tp sebenarnye aku ade sorokkan sumthing drp die.. Disebabkan kitorg pun da terpisah jauh, aku mule la nk test market kt utara ni.. Jahatkn? Aku rase bebas!!! Aku pn rase die mcm tu jgk kot.. Yelah, die kn lawa.. Msti r ramai jantan usyar die.. Disebabkan aku nk menutup perasaan prasangka yg buruk2 tu, aku mula r berkawan ngn ramai perempuan kat sini.. Setiap kali org tanye status aku, mesti aku jwb aku single.. Aku selalu kuwa ngn member2 perempuan aku kat sini.. Mmg lagak cm org single.. Aku selalu teringatkan die time aku tgh berfoya2.. Bile wktu mlm sebelum tidur, msti die yg call aku.. Aku? Kdg2 kot.. Tp aku syg sgt kt die.. Aku ckp kt die, membe2 aku kt sini semuanye jantan.. Die ckp die pun same.. Sebelum kitorg end call mst die cerita2 kenangan kami bersama.. Die selalu ckp, "kalau sy da x de baru awk leh gatal dgn perempuan lain".. Kdg2 aku mrh die sbb die ckp yg bukan2 walaupun hakikatnya aku mmg da menggatal da pun.. Kdg2 aku selalu jgk create pergaduhan ngn die.. byk kali die nangis time gaduh2 ngn aku.. pernah tu aku tertengking dia.. kesian die.........

"SAYA SAYANG AWAK! SAYA NAK AWAK!"

Tibe2 aku terkejut drp lamunan.. Rupa2nye member perempuan aku, Tiqah.. Aku pn dgn bangang aku terima..

Mase duit PTPTN kuwa, aku beli sebijik henpon lg. Satu henpon khas tok msj Nadia, satu g utk Tiqah.. Dlm tempoh aku belajar kt sini, mcm2 tipu aku wat.. Aku tipu dua2 perempuan tu.. Tp hati aku tetap sygkn Nadia.. Mungkin sbb jauh, perasaan tu kdg2 bercampur.. Tiqah pn mcm Nadia.. Sejak aku couple ngn minah ni, aku dah x kuwa ngn member2 perempuan lain.. semuanya kembali mcm mase aku ngan Nadia dulu.. Aku terasa bersalah sgt.. Tp dlm mase yg same aku just nk hilangkan perasaan bosan sorg2 kat sini.. "Kalau la Nadia tau.." Kdg2 aku terfikir nk berterus-terang.. Tp aku x berani.. Kalau dulu aku tidur pukul 1.30, sekarang ni pkul 3.30 kdg2 pkul 4.. Yelah sbb nk gayut dgn dua2.. Semua org x tahu siapa aku sebenarnya walaupun roomate aku sendiri.. Setiap kali aku balik kampung, Nadia x balik.. Yelah.. U dgn sekolah mane same.. Cuti lain2.. Cume ade sekali tu kitorg dpt cuti same2.. Cuti raye kn.. Time aku jumpa ngn Nadia, aku sorokkan henpon satu lg tu kat rumah.. Nadia makin lawa! Berseri2.. Mane2 lelaki tgok gerenti r cair ni.. Nadia ckp cinta die hanya utk aku.. Selama die berpisah dgn aku, die semakin rindu, semakin syg n cintakn aku.. Utk hilang rase camtu, die habiskan mase dgn belajar.. Kdg2 die ckp belajar smpai tau2 da mlm.. Die happy sbb hati aku masih x berubah utk dia sorang.. ERR! aku terasa bersalah sgt.. "Kalau sy da x de, baru awk leh gatal dgn perempuan len tau!" ckp die sambil tergelak2.. Perkataan tu da berjuta kali kot die sebut.. Aku tgok muke die yg lembut tu.. Die bersuara, kalau habis belajar, die nk aku ikat die sebagai tunang.. Pastu die nk kami kerja, kumpul duit byk2 n kahwin then sambung belajar lg.. Beria2 die menceritakan impian die kt aku...

Permainan aku berlarutan sehingga sem yg ke 4...

Pada satu hari ni aku g makan ngn Tiqah mcm biasa... Heboh kampus aku jd tuan rumah untuk satu pertandingan perbahasan antara IPTA. Kebetulan hari ni ulangtahun ke 3 aku ngan Nadia.. Mcm biase aku g mkn ngn Tiqah kt cafe.. Mase Tiqah tgh ambil lauk, aku terniat hati nk cek msj die.. Terhenti jantung aku, berlambak2 msj sorang jantan yg bersayang2 kt inbox dia.. Aku pn angin r.. Mase Tiqah duduk, aku soal2 dia smpai menangis minah tu.. Sebelum ni x terniat pulak aku nk cek.. Tiqah ckp die ttp sygkn aku.. Aku pun mula terfikirkn Nadia.. Tibe2 ade sekumpulan awek dtg kat meja aku time2 gini la pulak.. X lame pastu aku nmpk Nadia.. Aku menelan air liur.. Rupe2nye, Nadia ambil bahagian dalam pertandingan tu.. Bila Tiqah nmpk ramai2 awek tu dtg kt aku, pelik r die.. N dgn kuasa Allah, semua terbongkar pada saat tu.. N Tiqah sendiri mengaku yg dielah awek aku kt depan Nadia.. Aku tgok Nadia menangis.. Die x bercakap sepatah haram perkataan pun.. Cume die berikan aku sekotak hadiah ulangtahun kami sebelum dia tinggalkn aku.. Aku terus putuskan hubungan aku ngn Tiqah.. Mase aku balik hostel, puas aku call Nadia.. Aku hntr msj berlambak2 kt die.. die x reply pn... Aku sedar, die dah benci aku..

Rupanya Nadia masih menerima aku.. Aku happy sgt2.. Aku berjanji x nk kecewakn die lg.. 2 minggu kejadian itu berlalu.. Org2 sekeliling aku mula menjauhkan diri daripada aku.. Nk2 yg member2 perempuan aku la.. Aku dah x kesah da.. Aku dah berubah.. Aku cuma nk dapatkn keputusan yg cemerlang sampai time akhir sem nanti. Aku nk dptkn kerja baik2.. Apa2 pun aku nk ikat Nadia dulu.. Kdg2 aku berasa malu sgt kt Nadia nk2 bila teringatkn mak ayah dia.. Nasib baik die x pergi report kat mak n ayah dia.. hehe.. Dlm tgh syok2 berangan sambil membelek2 kemeja baru hadiah ulangtahun daripadanya mase hari kejadian tu, tibe2 aku dpt msj drpd member Nadia.. "Nadia eksiden!" Ermm.. Hati aku tibe2 jd x sedap.. Msj kedua drp member die smpai lg.. Terasa panas muka aku bile bace msj tu.. "Nadia da X DE.. Die kne langgar ngan kereta mase lintas jln.." Mcm org gila pas aku bace msj tu.. Aku ambil keputusan balik kejap kampung walaupun terpaksa ponteng kelas..

Aku rase kosong.. Kosong sgt.. Teringat gelak tawa die, teringat suara die, muke die yg lawa tu.. Aku menangis dlm bas.. Aku x peduli ngn org2 yg pndg aku.. Kali ni aku betul2 menyalahkan diri aku.. Semua kenangan aku ngan Nadia bermain dlm kepala aku.. Aku xmampu menahan perasaan sedih ni.. Berulang kali aku bace msj terakhir Nadia mlm td.. "Awk, sy nk tido.. Mcm biase, sy sygkn awk utk selamanye walaupun awk da lukekn ati sy, sy maafkn... Tp ingat! Kalau sy x de baru awk leh gatal ngn perempuan len tau! Hehe.. Nk mrh la tu.. Sy leb awk! Sweet dreamz.." Ya Allah! Kuatkn hatiku ni.. Semasa aku sampai, jenazahnya belum tiba lagi.. Ye.. Aku pun terus mencoretkan kisah ini.. Semoga menjadi pengajaran kt korang.. Air mata aku berguguran sepanjang mencoretkan kisah ni.. Tapi aku tau, Nadia x kn kembali da.. X de lg msj Nadia, panggilan Nadia.. X de dah ungkapan "kalau sy x de" tu dah..

Teman2.. Aku mintak sedekahkanlah fatihah utk nya.. Mungkin ada yg memperlekehkn kisah aku ni.. Tp bg aku, inilah kisah yg plg bermakna utk aku.. Utk selamanya aku menyayangi kau, Nurul Nadia bt Zainarruddin..

Mungkin kejap lagi jenazahnya tiba.. Aku nk bersiap2 utk beri penghormatan terakhir buat die yg aku sygi.. Sememangnya cinta die utk aku shgga akhir nafasnya... Aku mampu merelakan pemergiannya... Tabahkn hatiku Ya Allah.... -Al Fatihah.....

*cerita  ini pun sedih gak..hope korang2 yang dah bace ni jadikan cerita ni sebagai pengajaran..wahai LELAKI @ JEJAKA di luar sana tu..jangan la nak menggatal sangat..cukup la dengan seorang SAHAJA kekasih..sayangi dan setia lah pada yang satu..jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran..mampos ape-ape pun tak dapat..melepas sudeyh..so renung-renung kan..eh tak lupe jugak kat gadis-gadis diluar tu..korang pun jangan nak pasang skandal banyak-banyak..GEDIK! heeeee PEACE YO!

NASIHAT

Diary Seorang Isteri (Lelaki Mesti Baca!!)

by JomSayang on Wednesday, July 21, 2010 at 5:46pm

Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.

"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum.
Abang,
Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.


Ikhlas dari
Nur Nisa

Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....

*sayangilah isteri anda..jadikanlah kisah ini sebagai iktibar untuk semua..

Friday, November 12, 2010

Kemusykilan??

Abang vs Ayang


by Nabila Shamsudin on Wednesday, November 10, 2010 at 6:49pm

Saper yang salah agak2nya...???



Ayang anta kat abang. . .



Dear abang,

Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. Abang tak perlu antar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. Abang, jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik... Cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini...

Kereta baru abang tu mahal.. Harga mencecah 100k barangkali.. Sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. Sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... Abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau np? Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakkan masa kita kahwin dulu.. Cuba klo hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat.. Tapi ayang nak dapat kiss gud morning pun susah.. Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah.. Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance... Ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah.. Kereta abang make up lawa-lawa.. Tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri.. Kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada...

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak??

Paling menyedihkan.. Ayang tanya np tidur dalam kereta? Abang jawab takut orang curi kereta abang.. Kalau ayang kena curi??

Ayang nak balik kampung dulu.. Anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. Tak nak naik kereta abang takut calar.. Ayang calar takpe..

Jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. Ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. Pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR..

Love,

Ayang...



Ni abang lak bagi. . .



Dear Ayang,

Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. Tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. Ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak, nak siapkan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. Macam mana nak wat keja umah..

Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. Abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu.. Bukannye abang gi foya2 kan abang gi keja...

Lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. Ayang nak piza yg di oder dr jepun.. Mana lah abang ada duit nak oder.. Abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. Nasib baik abang xbelikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon.. Ish xnak laa abang..

Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. Ayang yang tersalah buang ingatkan sampah... Tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek.. Hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta . Tu wlaupun hantaran masa kita kawin cuma rm8k.. Ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k.. Tapi demi ayang abang wat jugak.. Sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. Tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm.. Bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. Wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu... Pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana..

Dah laa ayang.. Abang malas nak citer.. Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang.. Nanti kalau naik bas tu bebaik.. Ayang nak balik kpg abang izinkan cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana .. Kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit.. Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... Biar jek.. Nnti abang balik kpg abang kejar kan.. Bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital.. Abang kene tanduk xpe..

Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. Nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. Baik jaga jek yg dah ada tu..

Ayang pun jaga diri baik2.. Jgn sampai jatuh longkang lagi.. Hehe.. Abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang.. Dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. Mmg abang ketawa... Hahahhahahahahha...



sumpah best cte ni..hahaha ema bce mmg gelak terguling2..



glitter-graphics.com

Tuesday, November 9, 2010

Manusia Boleh Berubah..

hehe mesti korang nak tau ape yang Ema nak cerite kali ni.. sebenarnye cerite kali ni tak de kena mengena pun dengan tajuk kat atas tu.. Ema saje je nak buat gimik..haha

erm Ema straight to the point je la..

30 PERKARA YANG KITA PERLU TAHU..
-berkaitan hal LELAKI & PEREMPUAN-


Dahsyat sungguh pompuan ni...banyak perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat. ye ke tak sempat bagitau?silakan baca.


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!


6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Note: tidak semestinya 30 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap wanita..tapi zaman sekarang ni lelaki pun ramai yang 'apply' perkara-perkara diatas tu . :-)




hey, memang perempuan ini leceh..tapi yang leceh itu lah yang menarik.. kalau perempuan merajuk lelaki perlu la pujuk.. kalau lelaki pulak yang merajuk kompom buruk..hahahaha (^_^)

Monday, November 8, 2010

This is My Yayunk!

Di dalam kelas nya.

ni la die tabiat my yayunk! haha comey je.. orang blaja die boley lak melantak tdo.. haiyo my yayunk! tak mau la notti2.. nape suke sangat wat notti ni?? nak kene babab ke?? ish3.. my yayunk blaja kat kolej komuniti , jempol.. now die dah semester akhir.. lepas ni ema dont know die nak sambung mane? yayunk study smart k.. ema luv u.. erm korang nak tau tak nape ema cakap my yayunk ni notti?? sbb nye die ni suke bawak motor laju2.. pastu kerap gak la excident.. naseb die slalu baek.. maybe Allah SWT slalu lindungi die..heeee (^_^)



Ni la gaya rempit nya..haha tp my yayunk NOT rempit ok..

tengok la pic ni.. kat tepi highway pun sempat nak posing lagi.. notti kan my yayunk.. haha erm nak tau tak?? ema actually TAK suke mat rempit.. tah pehal tah dapat gak bf mat motor..huhu ema slalu perli my yayunk cakap dialog Adnan Sempit : "wa tak maen la mat rempit ni..wa layan mat kereta je bro..yang ade bumbung..kalau ujan wa tak kene basah!" tapi die wat derk je..huhu bile la my yayunk nak pakai kete eh?? erm penah gak dulu kitorang nak dating.. skali ujan lebat.. seday la.. my yayunk dah la naek moto.. kompom basah lencun.. ema punyer la seday coz plan dah kucar-kacir.. skali my yayunk call.. he said : "baby cepat turun..cai dah sampai bawah blok ni.. then ema pun siap2 la nak turun.. sampai je kat bawah blok ema dok cari la moto RXZ kesayangan my yayunk tu.. tapi tak jumpe pun.. haish ema dah start naek hangin ni.. skali de la sorang mamat kuar dri krete wane putih..kete pe tah tak pasan sangat.. sebab bukan kete sport..haha macam ema kenal je mamat 2..rupenye my yayunk..haha peeewwwiiiitttt!! my yayunk bawak kete..hehe die pinjam kete abang die.. wah semate2 nak jemput ema..haha epy gle..then my plan berjalan la seperti yang dirancang..hahahahahaha lawak en cite pasal my yayunk..




Ni la pic my yayunk mase die marah or bengang.

erm korang nak tak tengok muke my yayunk ni mase marah tak?? comey gile..hahaha ape?? korang tak suke? ah ema peduli ape! dah ema suke.. so what?!! ema memang suke gile wat my yayunk ni geram.. entah la.. orang lain yang tak kenal my yayunk ni mesti takut tengok die.. tapi ema tak pernah takut..tak tau la apsal.. ade orang kate muke my yayunk ni macam pai lang(gengster)..ema tengok tak de pun.. macam lalang ade la..hehe sorry sayang.. saje je nak bergurau senda.. standard la tu adat berkasih.. ade gadoh-gadoh baru ade geli-geli..ehem.. yang bab geli-geli ni kena la tunggu kite kahwin dulu ye sayang..hahaha dah la berleter..baik korang tengok je la sendiri.. tapi jangan ngade-ngade nak mengate belakang2 ye.. biar je la kitorang ngan idop kitorang.. yang korang sibuk apsal? Allah dah ciptakan my yayunk tu sebaik-baik kejadian dah.. so ema memang bersyukur la.. i love the way u are sayang.. i love u NOT because of your look + money + intelligence.. ema ikhlas ok..



Yang ni pulak pic my yayunk mase gi interview.



-THE END-
p/s : sayang I LOVE U a lot tau..


glitter-graphics.com

Saturday, November 6, 2010

lyn jiwe yg sedang dilanda busan.

tadi kan punyer la syok ema dok melayan facebook..
tibe2 ema terbace la satu link..entah spe tah yang sent..
tapi yang pasti link 2 ditulis oleh perempuan..
die ni mesti pernah bace blog mamat yg aku pnah cite dulu 2..
sebabnye anda sume nak tau??
hahaha hah sebab ni :-





--------------------------------------------------------------------------------





kehadapan bakal suami ku (harap2 ada satu saja kamu)

oh Laling (boleh saya call kamu Laling kan?)
Laling, saya tulis ni bukan sebab saya sangap nak kahwin dengan Laling, walaupun biological clock saya dah tik-tok-tik-tok ~ kesha dah dengan saya ni. bukan juga untuk menyindir dan meletak syarat tinggi2 ala Puteri Gunung Ledang Laling, tapi nurkilan ini hanya semata luahan hati saya.




oh Laling (chewah geli pulak dah ni)
Laling, i hope time i jumpa you nanti, you dah bersedia nak settle down and kakwin. wah Laling, geli you baca statement i kan? tapi Laling, i tak suke couple2 ni. Couple dua, tiga, empat, lima tahun pun, last2 putus jugak. i tau Laling, ramai lelaki ni couple sekadar nak melepas kesunyian je. maklum la kurang kasih sayang dari mak. tapi tanggungjawab tak ada. paling tak best kalau yang mau geli2 aje. eee tak suka la Laling! tambah dosa je tau couple ni..
so kalau kita jumpa nanti Laling, tapi saya jual mahal, Laling jangan marah tau. kalau saya tak boleh dating, you mesej saya dalam facebook pun tak pe. jangan mesej2 gersang sudah la! saya report sama itu Mark Zuckerberg!



oh Laling,
kalau nanti saya first time jumpa Laling saya tanya dah solat subuh ke belum, Laling jangan marah tau. Wajib tau Laling. saya ni tak tinggal solat. saya tengok rakan-rakan saya selalu merungut pakwe die tak bangun pagi. hantar mesej "good morning" pukul enam pagi haram tak balas. ring2 telefon die tiga empat minit pun tak angkat. last2 pukul lapan baru mesej macam orang mamai "sorry sayang, i baru bangun...makan jom" ohhh!! tampar laju2! okeh Laling, nanti kalau dalam proses mengenal diri, saya miscall2 pagi2 Laling tak angkat...siap laling!
Pastu Laling mesti tau imam kan solat. paling tidak surah2 Juz Amma pun jadi lah. Qunut pendek, Qunut panjang, dua2 mesti tau. ye la, bukan ke kahwin ni macam bina masjid. mana ada masjid boleh fungsi kalau takde imam? Laling kata macamlah saya tak pernah tinggal solat? eh of cozz la saya tinggal solat, saya kan perempuan. kikikiki...



oh Laling,
kalau awal2 kahwin nanti saya masak tak sedap Laling jangan marah ek. biasa la, sebelum ni masak untuk mama and papa je. dah diorang suka garam banyak tu, minyak banyak ni. tup tap Laling kata banyak sangat pulak. Laling, nanti Laling tegur la baik2. kata la "masakan sayang sedap, lain kali kurang sikit garam je" penat tau saya masak.
jangan pula asyik2 makan kat luar sebab saya masak tak sedap. paling kurang pun bagi la buku resepi sebuah dua untuk hari jadi. tak pun periuk nasi Faber atau Elektrolux. ni tak,asyik2 lupe je tarikh hari jadi dan hari anniversary kita. sedih tau kita. time ni la saya tunggu Laling balas segala jerit perih saya masak dan jaga anak Laling.




oh Laling,
tau nanti tak lama lagi bila kahwin Laling mesti mau anak. kalau boleh satu pasukan bola sepak, Laling nak kan? ye la, nanti boleh la jemput Chelsea datang KL buat friendly match! anyway Laling, i on je (wah terkejut kau!). tapi syarat nya Laling kenalah tolong2 kemas rumah dulu, handle lampin anak sama2, paling kurang tolong hidang apa yang saya masak. penat Laling? saya pon penat gak, Laling pikir, kerja saya 8-5 hari2. balik rumah terus masak makan malam. tukar lampin anak, kemas rumah, cuci pinggan, basuh baju, lepas tu kena layan Laling pulak. heisss...kalau kuarang layan paling nak jadikan tu alasan pasang dua pulak!senang2 Laling, kita upah bibik sorang. takpe Laling, i bayar separuh, you bayar separuh. yang penting kita bahagia..ke Laling bahagia??


oh Laling,
kalau nanti you jalan2 dengan i (ofcozz lepas kahwin ok), laling jangan la malu nak pegang tangan. ni saya tengok, pasangan suami isteri, suami jalan depan, isteri jalan punyerlah kat belakang dengan anak2, Laling. paling tak best couple2 muda remaja lalu sebelah boleh pulak bermesra-mesraan. tangan tu lekat je kat pinggang ok.
Laling, kenapa kita tak boleh macam tu? malu ke Laling? saya tengok suami Arab boleh je pegang tangan bini die. bini kemain purdah lagi (ofcozz i tak tau camne rupa bini die. kot rupe cam Salma hayek tak tau lah).



dan Laling,kalau Laling tengok awek2 cun depan mata jangan la Laling sweet2 or jeling2 pulak. kalau Laling type yang gatal depan2 saya Laling pi usik dia lagi. amboi Laling, Laling suruh saya pakai tutup aurat segala jadi wanita muslimah, tup-tap bila Laling keluar dengan saya Laling pi tengok yang baju singkat macam Fasha Sendat. apa laling kata "dia pakai macam tu Laling tengok la?" Laling, dia pakai macam tu dosa dia dengan Allah swt je. tapi bila Laling tengok, Laling pon tumpang dose sekali. laling nak? laling kata Laling tak boleh tahan diri tengok? ok laling, next time kite keluar, saya pakaikan blindfold ya. dapat jugak pahala saya menghalang zina mata.hihihihihi

Laling,
kalau you betul2 sedia, i tunggu you lama2 pun takpe. maklum la i tau payah nak simpan duit untuk masa depan. papa i pun makan megi je dulu tau, sebab nak kumpul duit kahwin. tapi Laling kena la ingat untuk berjimat-cermat. jangan Laling merungut sebab kos kahwin tinggi, tup-tap-tup-tap, Laling pergi beli iPhone 4. haaa~~ kalau kahwin nanti lagilah. jangan sengkek kalau anak nak beli coklat Tora Datang Lagi Dengan Mainan Pistol Air tapi Laling boleh pulah pergi beli LCD TV. apa laling kata, itu keperluan kita bersama? ah, laling sorang je yang tengok TV nanti. mesti Laling kongker tengok Chelsea main EPL kan..



Laling, kita tak payah hidup kaya raya pun takpe, kalau haji laling kecik, kita campur dua jadi besar. tapi jangan mengada-ngada nak anak ramai pulak kalau gaji kecik. tak termakan diorang nanti. bukan apa, saya cuma ingat kat anak je. saya dapat makan separuh pinggan takpe. asalkan anak dapat makan sampai gemuk macam Giant. kalau tak dapat fulfill syarat tu jangan harap nak kakwin dua Laling!



cuma ingat Laling, cari rezeki halal. kalau halal dengan perancangan rapi , insyaallah Laling, kita senang.

sekian sajalah Laling. hope to see you soon!



*woooo gile la minah yg tulis mende ni..
xnak kalah hahahaha..mampos klu mamat yg ema cite tu bace..
pergh boley perang la alamat nye..hahahaha
pape pon korg ni memang best la..

Thursday, November 4, 2010

janji tetap janji kn..heeee

erm now seperti yang dijanjikn..
ema nk sambung cte psl blog mamat 2..
yg ni sambungan nye..
ade yg reply surat mamat 2..hehe
bce ni lak..

oct 20, 2010
Surat Cinta & Nasihat Dari Wife Masa Hadapan.
assalamualaikum.
pagi yang indah. kelas tak ada. so, apa lagi yang lelaki bujang macam aku akan buat bila tak ada kerja? apa? tidur? oh sorry sikit yea. aku tak ada lah malas sangat sampai asyik tidur. okay fine aku memang tidur pun. sampai pukul 11 bru lah aku bangun. awal lah juga. awal dari kebiasaan.
aku bangun pun sebab benda pelik yang berlaku. kisah nya macam ni :-

masa aku tengah dok tidur tu, aku dikejutkan dengan panggilan someone. aku terus buka mata dan pick up phone aku.
"hello.." aku menjawab telipon.
"walaikummussalam!" dengar suara perempuan di hujung talian.
aku memang nak kasi salam tadi. tapi.. tak sempat..
"you tengah buat apa ni? tidur ke?"
"erm.. yer"
"asyik tido je tau. pemalas"
pergh, kerek betul minah ni.
"siapa ni?" tanya aku bila tengok nombor dia tertulis Private Number.
"siapa i? you tanya siapa i? you agak i ni siapa?"
"mana la i tau" jawab aku yg tengah mamai.
"i ni, wife you lah. i call dari masa hadapan."
aku terdiam berfikir.
"masa bila pula i kahwin? i belajar tak habis lagi"
"kan i dah cakap yang i call dari masa hadapan. you muda2 dah pekak"
pergh sabar je. sabar je. tapi tak apa. aku layan.
aku terus bangun dari katil. aku pergi ke meja Fakh dan ambil rokok. then baru aku ingat sejak bila pila aku hisap rokok?
"hey, kat masa hadapan nanti i hisap rokok tak?" aku tanya perempuan kerek tu.
"haha. tak. you still macam dulu. semua benda tak reti. merokok pun tak reti. entah apa yang you reti pun i tak tahu."
aku diam. terasa sebenarnya.
"well, i call you sebab i nak suruh you buat sesuatu" sambung dia.
"buat apa?"
" check mail box you. i hantarkan surat. khas untuk you."
selepas dia cakap terus dia letak phone. manis betul perangai awek2 sekarang.
so, aku pergi ke luar rumah dan ambil surat.
aku tengok2.
cantik suratnya. siap ada kesan bedak lagi. apa tah letak bedak. orang main perfume dah sekarang. mana main bedak lagi.
aku buka dan baca.

*sila baca dengan nada dan intonasi relax serta bersahaja yea.*

wahai my ONLY future husband.
sorry sebab i hantarkan surat ni kat you. i tulis surat ni adalah sebagai reply kepada surat you yang kerek terdahulu. i tak berniat sebenarnya nak tulis ni. tapi apakan daya you dan kaum you kerek sangat dengan ego masing2. biasalah boysss.
you, i tak nak lah tulis intro panjang2. so, apa kata kalau i direct to the point je yea.
first of all, i nak bagi tahu yang paling paling paling paling sakit hati dengan cara kaum you megurat kaum i. i tak faham. kenapa bila lelaki nak tackle perempuan je, dia mesti gunakan ayat:
"kita macam pernah jumpalah. tapi kat mana yea?"

you, bertahun-tahun i hidup, balik2 ayat tu yang i dapat. you ingat perempuan tak bosan ke you? cheesy punya pick up line (ayat mengurat) baik tak payah, you. i rasa semua lelaki gunakan pick up line tu mungkin sebab lelaki zaman you dah tak ada idea nak mengurat dah. so, i memang faham kalau kenapa lelaki zaman you ramai yang tak couple dan kahwin lambat.

sayang, i nak tanya you ni. lelaki ni memang ada supplier nombor telephone ke? i pelik lah bila tiba2 ada orang call i kata nak berkenalan. entah mana kaum you dapat no telephone i pun i tak tahu. mesti mintak dengan orang lain. tak ke you rasa mintak nombor telephone orang lain, dari orang lain adalah satu cara yang tak gentleman langsung?

pula tu bila call je, kata nak berkenalan. tak pun cakap nak berkawan. tapi kan, mana ada lelaki call perempuan semata-mata untuk berkenalan. ni mesti nak mengurat punya lah. macam lah i tak tahu.
lagi satu kan you. i tak faham kenapa bila perempuan tu tak layan lelaki yang mengurat dia, lelaki tu akan cakap yang perempuan tu jual mahal dan sombong? but then, bila perempuan layan, sesedap hati je cakap yang perempuan ni murah dan mudah melayan. what the hell, you?

dear ONLY you.
tahukah you bahawasanya kaum lelaki you tu mudah perasan? bila perempuan tegur and layan lelaki tu dengan baik je mesti lelaki tu perasan kononnya perempuan tu suka dan nak tackle dia. padahal perempuan tu just being nice. can't you boys see that? can't you?

hunny, you bagitau lah kawan2 lelaki you tu. kasi tau dieorang, kalau betul2 suka kat someone tu mengurat lah habis2. insyaallah lakau niat ikhlas boleh je dapat. dan masa nak mengurat tu tak perlulah ayat manis2. ayat2 manis akan membuatkan kami (perempuan) berasa geli tau.dan jangan risau lah kalau muka you all (lelaki) macam longkang ke apa ke. kita orang (perempuan) boleh terima sebab kita orang ni bukan macam you all (lelaki) yang hanya tengok luaran. pantang nampak perempuan cantik terus jadi ulat bulu yang berbulu-bulu. tak guna.

tapi kalau dah dapat perempuan selepas mengurat tu, tak payah la nak touch and go. masa belum dapat sayang bagai nak gila. tapi bila dah dapat buat dono je. masa tengah mengurat rasa bahagia je main tarik tali. tapi bila dah lama couple rasa bosan. semuanya sebab lelaki lah mudah sangat bosan dengan sorang awek. actually, you guys patut bersyukur sebab perempuan mudah terima segala kekurangan yang ada kat you all. tapi you all sibuk nak macam2 dari perempuan. lelaki memang mengada-ngada lah. tak reti bersyukur langsung.

you, kenapa bila some girl tu dah reject some kaum lelaki, dieorang akan berdendam? kacau pakwe perempuan tu lah, stalk lah, apa lah. what? everygirl in this world loves you? dieorang kena terima you sebagai BF? kalau tak you akan rosakkan seluruh hidup dia? you dan kaum you akan berdendam dengan dia kalau dia reject you? bleeeh. patut lah kaum you makin pupus. agak-agaknya kalau kaum you sama banyak dengan kaum i, mesti huru-hara dunia ni. oh, oh. i cakap pasal kaum you tau. i tak cakap pasal you. i tau you baik. dan setia.

dear my ONLY husband.
hunny, i harap you jaga sikit mata you tu. i tau yang lelaki suka pandang perempuan. i tak kisah pun kalau skali skala you nak cuci mata pandang perempuan cantik sebab lelaki memang dasar macam tu. tapi jangan salah kan i kalau i pun pandang lelaki. ah, awal2 lagi i dah tau mustahil you tak kisah kalau i pandang lelaki. you pandang perempuan boleh. tapi i pandang lelaki tak boleh. kenapa yea you?
lagi satu, kenapa it is okay kalau you borak dengan perempuan tapi bila i borak dengan lelaki je, you kata i curang? i borak sebagai kawan. tapi you tu lelaki. gatal. kalau dah borak mesti dengan perempuan cantik. lelaki kalau dah dengan perempuan cantik mustahil borak2 tak ada makna. huh.

you, i perasan yang you nak cari isteri(s) baik2. tapi perangai you entah macam apa2. nak jadi imam konon. sembahyang solo pun banyak tinggal. nak imam aoanya? doa. doa apa you reti baca? doa masuk tandas? you, kita mungkin akan mandi bersama. tetapi doa masuk tandas tu tak perlulah you lead kan. i pun reti lah.

hubby, dalam banyak2 benda yang i paling tak puas hati adalah bila lelaki bercakap bab kahwin lebih dari satu. kononnya sayang sangat kat i so you kahwin lebih dari satu so i boleh masuk syurga? oh pehlis larh. lelaki memang macam tu. asal tanya kenapa perlu kahwin lebih dari satu, mesti kasi jawapan "supaya isteri pertama boleh masuk syurga dan dapat payung emas di syurga." hey, banyak lagi cara kaum hawa boleh masuk syurga tau. asalkan bersolat puasa jaga maruah dan mentaati suami sure masuk syurga. tak payah nak kahwin 2-3-4. nak kasi isteri pertama masuk syurga konon. padahal nak menggatal. you ingat kaum i tak tahu? kaum i tahu semua tu you. kami comel with the brain tau.

sebelum kahwin, kaum you asyik rosakkan kaum i. mintak MMS gambar tak pakai tudung lah. gambar tak pakai baju lah. selepas tu mintak yang bukan2. tapi bila kahwin sibuk nak cari yang perfect, yang baik2 dan dara. kenapa you? nasib baik lah teruna lelaki tak boleh di tengok. kalau boleh, memang kantoi lah semua lelaki kat dunia ni tak teruna. kan? dan you pulak. you teruna tak you?

akhir kata dari i, kalau nak mengurat kaum i tu, kasi lah cara kreatif sket. ubah sikit teknik tu. guna kan inovasi dan kreativiti. hantar lagu ke, hantar bunga ke, tengoklah sikit cerita korea tu. belajar la dari dieorang. dieorang tu bukan je hot, hensem, malah romantik. macam kin hee chul, kim hyun joong, dan lee min ho. btw hubby you tau, nasib baik kaum perempuan ni tak gila lelaki hensem. kalau tak, jangan harap ah lelaki Malaysia akan ada awek. dah lah tak handsome. tak romantik pula tu.

well you. the most fragile part in a girl body is her heart. so, take a good care of it. its nice to see.nice to hold. but once broken, considered for ever! ingat nasihat i ni. nasihat ikhlas dari your future wife. jaga diri elok2 sebelum jumpa i.

*hah amacam? gile best kn??
hahaha gile stylo blog mamat ni..
future wife mamat ni pn stylo gak..hahaha
gile sempoi mmg sepadan seyh dorg.. I LIKE!!

erm suke suki jew..

ema ade terbace blog someone ni..
mmg best blog die..
blog mamat ni mmg sempoi..
teringin nk jmpe die tp entah la..
hehehe

korg mesti nk tau asal ema suke bce blog mamat ni kn??
hah yg ni lah sebab nye...

oct 11, 2010
Surat Cinta Untuk My Future Wife(s)
Assalamualaikum..
Kehadapan my future wife(S)

I menulis article ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I.Tapi..err..I.. menulis ini adalah kerana kehendak I..so, sila baca entri ni perlahan-lahan..tak perlu laju-laju..

so wahai my future wife(s)
i dont know who the hell are you and i have no idea where are you right now. but one day, bila kita dah berjumpa i harap you mampu terima i seadanya seperti mana i akan terima you dan diri you sebenarnya. lagi pun, i tahu yang you ni mmg comel. dan baik. dan rajin. dan alim. dan cun.i berharap bila i check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. sebab setahu i kalau perempuan tu comel mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. macam lah dia sorang je yang comel. i comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. boleh je hidup. ehem.

serta, gambar di facebook tu, jangan nak dedah sana dedah sini. malu i . you pun tau kan perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. bila berbalut dengan pembalut even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. tapi kalau dah tak berbalut bila jatuh ke lantai semua buat dono. ada tu kalau boleh ada yang nak pijak lagi. you pun tak nak kena pijak kan??

lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.

my future wife(s)
i tak tahu pasal masa depan i. itak tahu berapa banyak duit i akan ada. so, dengan kata lain, i mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. i juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas, intan, berlian. harap you tak kisah dengan diri i yang tak berharta ni. tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak to, i okay je. dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. tapi tu tak termasuk yang kembar tau.

bila kita ada rumah nanti i tak kisah kalau you nak bekerja. tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga i. i bukan mintak dilayan bagai raja. tapi kalau i balik dari kerja tu apa salahnya
tanggalkan stokin i, urut bahu i, sediakan minum-minum i. tapi kalau you tak nak buat, tak apa. i boleh tambah lagi 1 (cukup 2). lagi pun bila i tambah lagi 1 kurang la sikit beban you. see?? i memang prihatin.

hmm. you tau, i tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata i. kalau you boyish sikit pun apa salahnya. aggressive itu menarik. kalau boleh, lebihkan kat bahagian keras kepala you tu. i suka. senang la i nak ajak bergaduh kalau macam tu. sebab kalau di ikutkan i tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. nanti tak meriah rumah tangga. so kalu sekali sekala bergaduh, best juga kan? lagi pun kita gaduh siang-siang je. bila dah nampak katil di malam jumaat kita berbaik lah. tambahan pula bagi kita setiap malam kan malam jumaat.

my future wife(s)
you, i harap you reti masak. you mesti reti masak. apa?? tak salah kalau perempuan tak reti masak? ya. memang tak salah. i tak kata pun salah. tapi jangan salahkan i kalau i tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? okay tak? i tak nak bini 2,3,4. banyak sangat bukan tak mampu tapi...ehem..

actually i bukan mintak you masak macam makan kat hotel. asalkan you reti masak yang simple2 sudah lah. you tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. lagi pun tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? kalau setiap hari makan kt restoran, baik i kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. ye tak? you pun tak nak kan i tambah lagi satu (cukup 4) kan?

i harap you reti jaga diri sebelum jumpa i. kalau boleh jangan couple banyak-banyak. tak pernah couple lagi bagus. tapi kalau dah couple tu, jangan buat bukan2 dengan boyfriend you. bila dating tu jangan nak mengada-ngada keluar berdua. boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. kebanyakannya adalah buaya. sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. boys, their mouth is bullshit. so, don't trust them.

akhir kata dari i, bila kita kahwin nanti you masak i makan, i imam you makmum, i baca doa you aminkan, you merajuk i pujuk. perfect kan? so cepat lah cari i. i takut lah nak cari you. takut tersalah pilih perempuan lain. you mesti tak nak jadi isteri ke dua i kan.


*hahaha lawak kn blog mamat ni..ade sambungan nye tau kawan2..
nnt la ema update..sabar ye..sabar itu separuh daripada IMAN..